Tuesday, June 27, 2017

SUMPAHAN AMIRUL NAIM (EPISOD 1)

Serik!!!!

Berhati-hati!!!!!!

Jangan main-main dengan budak bernama Amirul Naim ni…. Walaupun dia bekerja di pagi raya, hanya diam sahaja…..senyum kambing pun jangan…. Jika dia terasa seperti mentertawakan dia, habislah korang….

Alkisahnya bermula peperangan yang tidak di rancang….

Aku mendengar khabar bahawa budak bernama Amirul Naim ini kena bekerja di pagi raya pertama beberapa hari sebelum raya…. Aku tersenyum, rancangan jahat diatur rapi….

TETAPI

Sebelum serangan bermula dari pihak aku, aku diserang hendap olehnya, peluru dilancarkan 2 hari sebelum hari raya…

Tit Tit Tit

Whatsapp aku berbunyi pada pukul 7.45 pagi. Aku membukanya.

“Good night”, simple sahaja ayatnya tetapi sangat menusuk hati bagi yang masih bekerja 2 hari sebelum raya.



Argggghhhhhh…. Tidak boleh jadi ini, kena balas dendam. Aku tak tahu apa yang menghasut aku di bulan Ramadhan ini. Syaitan kan sudah kena ikat!!!! Aku naik ke ofis, terus merakam video ucapan raya untuknya HAHAHAHA

video

Puas hati aku!!!!


Tapi peperangan ini bukan terhenti setakat itu sahaja….. nantikan sambungannya, Siapa yang menang?? Nantikannya, aku nak pergi raya kejap heheh

Nota:
Jom tonton 2 video raya yang menarik ni:

Friday, June 23, 2017

PERUT KAU KE TU??

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Kroook….kroookkk…..krokkkk

Alamak ia berbunyi lagi!!!

Muka aku merah walaupun gelap hehehe

Berbunyi perut aku. Korang pernah tak perut berbunyi?? Aku bulan puasa ini, kerap sangat perut berbunyi…bukan lapar, tetapi ia menyanyi keroncong, mungkin sebab banyak angin dalam perut kot hehehe

Paling aku segan apabila tengah berbincang dengan kawan atau rakan sekerja….

Krook….krokkk….krooookkkk

Ia berbunyi tanpa memberi signal, kuat pula tu. Semua terdiam memandang perut gebu aku….

“Perut kau ke tu??”

Macam mana nak atasi ye?? Korang pernah alami??


Nota:
1. Air dicincang tidak akan putus. Suka video INI
2. Ini sebab musim raya paling best shopping. Baca INI

Thursday, June 22, 2017

ANDAI ITU TAKDIRNYA….

Assalamualaikum,

Aku nak bagi tahu aku ini jarang melekat untuk tengok drama bersiri panjang-panjang ini, dan tadi sahabat aku ada whatsapp

“Nuar tengok tak andai itu takdirnya?”

“Tak tengok, tengok hero seorang Cinderella je, saya nak belajar jadi romantik”

“Tengoklah nanti, sebab tu lagi romantik”

“Best ke? Sebab saya tengok ramai yang post kat facebook pasal pukul-pukul je”

Apa pendapat korang? Best ke drama tu? Aku jarang tengok drama malam-malam sebab aku mengajar tuisyen, drama Hero seorang Cinderella pun aku tengok ketika astro ulang masa sahur hehe….

Kalau best, nanti aku cari kat youtube je….

Tapi aku percaya andai itu takdirnya…..andai itu bukan jodoh kita, buat macam manapun tetap tidak akan bersama…..

Nota
1. Nak beli kereta tetapi tak tahu nak start dari mana? Baca SINI
2. Jenama ini boleh selesaikan semua masalah kulit anda. Apa jenama tu? Klik SINI



Wednesday, June 21, 2017

APA ITU PERDANA? PERDANA MENTERI?

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Tak lama lagi dah nak raya….Kepada adik-adik yang akan menduduki peperiksaan UPSR, jangan seronok sangat beraya tu. Ingat juga buku….

Hari ini cikgu KJ nak kongsikan nota mengenai nombor perdana secara percuma je (dibawah)….adik-adik boleh muat turun dan print sahaja. Cikgu KJ halalkan…. Kalau boleh share dan like juga facebook KelasMatematik Cikgu KJ ye….

Cikgu KJ teringat ketika mengajar nombor perdana ini. Cikgu KJ biasanya akan tanya pada anak murid Cikgu KJ

“Apa itu Nombor Perdana?”

“Perdana Menteri”

“Kereta Perdana”

“Isteri Perdana Menteri”

“Rumah Sukan Perdana”

Dan macam-macam lagi jawapannya….Itu yang seronoknya mengajar, jawapan yang tidak disangka-sangka akan keluar hehehe….


Nota
1. Naik Grab Car seronok tak? Betul ke yang INI
2. Seronok Shopping Masa raya. Cuba tengok INI



Tuesday, June 20, 2017

KALAU TAHU BEGINI JADINYA…..

Assalamualaikum dan salam sejahtera…..

Wah tak lama lagi nak raya, puasa pun tinggal tidak sampai seminggu sahaja lagi…. Ada yang ponteng puasa??

Makin nak raya, makin murah rezeki aku…..bisnes pun semakin menjadi dan kuih raya pun dapat banyak….

Kalau aku tahu dari awal nak dapat kuih raya banyak macam ni tahun ini, tiadalah aku pergi tempah kuih raya awal-awal hehehe…..

Semalam aku dapat lagi kuih raya daripada pelajar tuisyen aku, dapat sebalang. Terima kasih banyak-banyak ye….. Raya jangan lupa datang rumah, ada pelbagai jenis kuih raya…..Terima kasih juga pada emak Mat, memberi 2 bungkus kerepek…..Aku ni memang hantu kerepek pisang…..

Orang nak beri, sepuluh jari aku tadahkan hehe….

Nota:
1. Ini sebab kenapa raya waktu paling sesuai shopping. Klik SINI
2. Kenapa dengan orang korea ni?? Klik SINI
3. Tempat bersahur paling best di KL, korang perlu cuba. Klik SINI


Monday, June 19, 2017

ACAH-ACAH AJAK?

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Wah tinggal beberapa hari saja lagi umat islam akan menyambut Hari Raya……ada yang tidak berpuasa penuh ke? Yang berpuasa penuh boleh tuntut duit raya dari aku hehehe

Aku masih perlu bekerja sehingga jumaat ini…..arghhhh, ofis sudah mulai sunyi, jadi aku pasang lagu raya sahaja. Ini bestnya apabila ofis sudah ramai yang bercuti, internet sangat laju heheh…. Aku cuti raya ini selama seminggu, marilah datang rumah aku di Jasin untuk beraya….

Aku telah dapat banyak jemputan untuk beraya terutamanya daripada pelajar aku,

“Encik, nanti raya datang rumah saya ye”

“Ok”, balas aku

Lepas tu aku akan tanya, rumah dia kat mana?? Hahah Insyaallah aku akan hadir mana-mana yang menjemput, tetapi bagi tahu alamat sekali ye hehehe


Nota
1. Apa kena orang Korea ni?? Cuba tengok INI
2. Tempat sahur best di KL, cuba tengok INI

Sunday, June 18, 2017

BAPA….

18 Jun 2017

Hari ini hari bapa?? Ramai yang aku lihat update di facebook.

Ayah aku sudah lama tiada, sudah 5 tahun….tetapi aku masih merasa kasih sayangnya…. Al-fatihah!!

Kadang-kadang terasa terharu apabila melihat kaum bapa yang menghantar anak-anaknya tuisyen dengan aku. Orang kata, bapa ini susah nak tunjuk kasih sayangnya, tetapi boleh dirasai. Contohnya,

“Cikgu tengok-tengok kan matematik anak saya, dia lemah topik jam”

Nampak disitu si bapa mengambil berat dan sayang pada anaknya bagi melihat anaknya Berjaya. Selalunya si anak ini takut dengan bapanya. Betul tak? Imej garang dan tegas selalu terpahat pada kaum bapa berbanding pada kaum ibu.

Tidak pentinglah, yang penting selagi bapa dan ibu kamu ada, hormat dan hargailah mereka. Jangan sesekali meninggikan suara pada mereka. Keberkatan dan kejayaan dalam hidup bergantung kepada keredhaan mereka.

Di sini, aku ingin mengucapkan selamat hari bapa kepada ayah angkat aku, kawan-kawan aku yang sudah bergelar bapa, adik aku bapa kepada yusuf dan semua sekali yang bergelar bapa.

Nota:

1. Ketahui 6 barang yang perlu semasa hari raya di SINI
2. adakah anda sudah selesaikan semua INI?